keupayaan IXA Kamen Rider IXA (watak)

Version I

IXA versi pertama dipanggil Version I. Suit IXA pada versi ini hanya mempunyai satu mode iaitu "Save Mode". Keupayaan fizikal versi ini tidak diketahui kerana versi ini adalah versi percubaan sistem IXA.

Save Mode (セーブモード, Sēbu Mōdo) adalah mod utama dalam sistem IXA. Ini bermaksud apabila penggunanya berjaya mengaktifkan sistem IXA, mereka akan memakai suit perang dalam mod ini. Mod ini sering mendatangkan masalah kepada IXA disebabkan kesilapan teknikalnya. Namun, mod ini sering digunakan oleh pengguna tahun 1986.

Dari segi keupayaan perkomputeran IXA versi ini pula, sistem ini dilengkapi dengan cakera keras sebesar 50GB dengan ingatan maya 10MB. Sistem ini beroperasi dengan menggunakan sistem operasi yang dipanggil IXA-OS-PLT-01. Ia juga dilengkapi dengan papan induk IXA-00086 dan unit pemprosesan pusat HI-BRAIN-X dengan kelajuan 80MHz.

Version X

IXA versi kesepuluh ini mempunyai mod tambahan iaitu Burst Mode.

Burst Mode (バーストモード, Bāsuto Mōdo) adalah mod kedua di dalam sistem IXA. Apabila penggunanya megaktifkan mod ini, bahagian mata topi suit IXA akan terbuka dan visor berwarna merah kelihatan. Mod ini juga menghasilkan bahang di sekeliling pengguna IXA - kononnya bahang ini mampu memusnahkan kawasan sekelilingnya. Mod ini sering digunakan oleh Keisuke Nago. Namun, Save Mode tetap berfungsi dengan baik apabila Ryo Itoya menggunakan sistem ini.

Dari segi fizikal IXA pula, versi ini mempunyai ketinggian 220cm dan berat 160kg. Dia mampu melompat setinggi 30m. Selain itu, IXA mempunyai impak tumbukan sebanyak 7t dan tendangan sebanyak 3t. Serangan pemusnah versi ini digelar IXA Judgement (イクサ・ジャッジメント, Ikusa Jajjimento). IXA akan menggunakan IXA Calibur untuk melancarkan serangan pemusnah ini. Imej matahari memancar muncul ketika serangan ini dilaksanakan. Pengguna IXA boleh mengunakankekuatan sistem IXA sehingga 60% daripada kekuatan asalnya sahaja.

Keupayaan perkomputeran IXA bagi versi ini dikemaskinikan dengan cakera keras bersaiz 20TB dan ingatan maya 80GB. Sistem ini beroperasi dengan menggunakan sistem operasi yang dipanggil IXA-OS-10.2. Ia juga dilengkapi dengan papan litar IXA-080127 dan unit pemprosesan pusat MACH-BRAIN-RX-IV DUAL dengan kelajuan 7GHz.

Version XI

Versi kesebelas dan terbaru IXA. Satu mod terbaru yang dipanggil sebagai Rising IXA (ライジングイクサ, Raijingu Ikusa) diperkenalkan.

Versi ini memerlukan IXA Knuckle Ver. XI - versi terbaru IXA Knuckle. IXA Knuckle ini mampu membaca Fuestle terbaru IXA. Selain itu, rekaan suit IXA mempunyai dirombak dengan suit asas berwarna putih dengan besi berwarna biru dan hitam pada but, peha, tangan, labung kiri dan kanan, bahu, dan kepada.

IXA versi ini mempunyai ketinggian 215cm dan berat 120kg. Dia mampu melompat setinggi 70m dan berlari selaju 3 saat untuk 100 meter. Selain itu, IXA mempunyai impak tumbukan sebanyak 20t dan tendangan sebanyak 12t. Serangan pemusnah versi ini digelar Final Rising Blast (ファイナルライジングブラスト, Fainaru Raijingu Burasuto). IXA akan menggunakan IXA Riser untuk melancarkan serangan pemusnah ini. Oleh kerana versi ini adalah versi yang paling sempurna, kekuatan serangan ini boleh dilancarkan sehingga 100%.

Keupayaan perkomputeran IXA bagi versi ini dikemaskinikan dengan cakera keras bersaiz 35TB dan ingatan maya 120GB. Sistem ini beroperasi dengan menggunakan sistem operasi yang dipanggil IXA-OS-11.0-RISING. Ia juga dilengkapi dengan papan litar IXA-080193R. Sistem ini masih menggunakan unit pemprosesan pusat MACH-BRAIN-RX-IV DUAL, namun dengan kelajuan 9GHz.